I made this widget at MyFlashFetish.com.

cLick fOr mOrE gift!! sAngAt cantik utk yAng tErsayang...

Wednesday, May 9, 2012

saya dah xde abah :'( - Al-Fatihah

hurm...sebenarnya dah tak ada mood nak buat entry kat blog...entahlaa....18hb ni genap dua bulan arwah abah tinggalkan nana...sekejab jer semua tu berlaku, rasa macam baru jer semua ni terjadi...rasa dia masih ada...teringat segala-galanya mengenai dia...

semuanya berlaku jumaat malam 16hb Mac 2012 (dalam pukul 6.45 petang):

jaja (adik bongsu nana) call nangis2 bagitahu yang abah langsung dah tak boleh nak bangun atau nak bergerak sikit pun...nampak dah lain sangat..(2 minggu sebelum tu nana ada balik melaka juga kebetulan masa tu en.abi dapat mc sebab kemalangan kat tempat kerja...masa balik tu pun abah dah tak banyak cakap...sebelum kitorang balik kL pun abah dah tak boleh bangun tapi masih boleh gerak sikit-sikit lagi)...bila jaja call bagitahu macam tu keadaan abah...darah nana terus berderau...rasa berdebar-debar...takut semua kemungkin yang mungkin berlaku...nana pun apalagi terus sms en.abi bagitahu kat dia...mula-mula en.abi cakap sabtu malam baru balik melaka sebab en.abi kan ari sabtu masih keja...nana dah rasa tak sedap hati...tapi alhamdulillah en.abi bagitahu yang kami akan balik malam tu juga...

dalam pukul 8.30malam kami pun mulakan perjalanan nak balik melaka...makan malam pun cuma beli mcD pastu berhenti tepi jalan makan, barula teruskan perjalanan...sampai umah dekat pukul 12 malam...masa tu mak tak tido lagi dan terkejut juga yang kami balik...adik beradik nana yang lain pula belum sampai lagi...abah masa tu dah lama masuk tido...lepas sampai tu kami borak2 dengan mak...mak bagitahu memang satu hari abah kat bilik saja sebab tak boleh bangun dan bergerak langusng macam selalu...abah ada suruh mak bawa kat luar tapi mak tak larat nak angkat...mak ada juga cuba nak angkat abah tapi akhirnya terjatuh kat abah pula...terus abah cakap tak payah angkat lagi...bila semua dah sampai kami semua masih sambung borak2 lagi...lewat juga kami tido malam tu...

17hb Mac 2012 (Sabtu):

pagi tu abah sempat tanya kat mak samaada mak pergi beli sarapan kat atas ke tak...(sebab selalunya mak akan pergi beli lauk dan sarapan pagi-pagi kat area atas umah kami) tapi pagi tu mak tak pergi, nana ngan kak ita (akak) yang pergi beli sarapan nak lauk untuk makan tengah hari...lepas abang nana mandi kan abah terus semua angkat abah dan baringkan kat sofa...mak pula masakkan bubur untuk abah sambil masak lauk untuk tengah hari...tengah hari tu bila kak ita bagi abah makan bubur...abah makan dalam 10 sudu je pastu terus tak nak lagi...tapi lepas tu abah kerap muntah-muntah....masa tu abah masa boleh lagi panggil kami nak minum air...abah lebih banyak minum air suam jer tapi tetap kerap muntah balik...kesian kat abah...kat umah kami ni tak ada katil single....jadi dekat lewat petang kak ita pergi beli katil single dan terus letak abah atas katil...masa tu kami dah nampak abah lain sangat...langsung dah tak boleh nak bercakap dan kedengaran juga nafas abah berbunyi...bijal (abg) dan akak ipar nana ada bagitahu yang dah nampak tanda-tanda abah mungkin dah tak lama...(telinga abah dah nampak jatuh) masa tu ALLAH saja yang tahu perasaan nana...ya ALLAH nana sayang abah...nana terus sms pada ipar duai dan rakan-rakan yg rapat minta doakan kesihatan abah...malam tu lepas maghrib kami bergilir-gilir bacakan surah yassin untuk abah...sampaila ustaz datang...masa ustaz sampaipun nana tak pasti pukul berapa sebab memang tak terlintas atau tak tergerakpun nak tengok jam...lepas ustaz tengok abah terus die duduk dan bagitahu kat kami adik beradik...

kata ustaz tu:
"kalau boleh dalam minggu ni janganla berjauhan...memang abah tu mungkin dah tak lama..."

berderau darah nana masa tu...rasa badan dah mengigil-gigil...tapi lepas tu agak tenang sikit sebab ustaz tu ada buat lawak-lawak juga...masa ustaz tu nak balik  bijal (abg) yang tak puas hati dengan apa yang ustaz tu bagitahu terus jumpa ustaz tu lagi kat luar....ustaz tu pun jelaskan semula yang mana kalau yang bekerja tu memang tak boleh cuti tu memang kena teruskanla sebab tu kan dah keperluan...kak ita (akak) siap buat-buat ckp kat abg ipar nana (bos nana jgk) yang dia nak cuti seminggu...nana pun apa lagi pun ckp kat dia...bos saya pun nak cuti seminggu boleh tak...bijal (abg) pun cakap benda yang sama...terus kitorang semua tergelak-gelak...semua tu untuk tenangkan hati kitorang walaupun tak akan tenang sebenarnya...

lepas saja ustaz tu balik kami semua terus bacakan yassin dan duduk dekat dengan abah...ajar abah mengucap...mak, nana dan adik beradik lain sempat juga minta maaf kat abah dan minta halalkan makan minum...masa tu nana nampak abah macam dah tak selesa mungkin sebab pampers abah tu dah basah...yela dari pagi tak bertukar lagi...nak tukar segan pula pada sedara mara yang masih datang melawat...sebaik jer sedara kami balik abang-abang nana dan adik lelaki nana terus tukarkan pampers abah...nana pula pegang kain untuk halang sedikit daripada semua yang ada nampak...waktu tukar pampers tu rupa-rupanya abah buang air besar...patutla tadi nana nampak abah tak selesa..(abg nana cakap tahi abah hitam - tanda-tanda orang yang akan pergi) masa tu semua kami buat berhati-hati sebab setiap kali kami gerakkan abah...abah akan mengerang sakit...sedihnya tengok abah...bila malam makin lewat...akif pula merengek nak tido...nana pun tido kan akif tapi terus tertido pula...

dalam pukul 3 pagi rasanya nana terjaga terus nana keluar tengok abah...die masih baring sama seperti sebelum tu...tapi kaki abah dah terasa sejuk...ya ALLAH....(waktu tu kak ngah nana baru juga sampai dengan anak-anaknya)...nana terus baca yassin..ajar byk kali pada abah untuk mengucap...nana ada juga bercakap dengan abah..."abah...abah ikut yea nana baca nii...Lailahaillallah"...nana nampak abah nak ikut tapi masa tu dah tak boleh dengar apa abah cakap...sebab lidah abah macam dah ke dalam...tapi nana tetap teruskan ajar...nana ckp lagi pada abah..."abah kalau abah dengar nana baca ni pastu abah ikut abah buka mata  yea"...masa nana baca tu dan lepas nana mengucap nana nampak abah buka mata...byk kali juga na ajar dan abah tetap buka mata...mungkin tanda respon dari apa yang nana minta tadi...waktu tu nana rasa lega sikit.....mak dan adik beradik nana yang lain dah  tido bergelimpangan kat ruang tamu berhampiran dengan katil abah...nana suapkan abah air zamzam sebab nampak abah macam nak air...mak pun ada juga terjaga masa nana ada kat sisi abah...nana sampai cakap kat mak nak buatkan susu untuk abah tak sebab nampak abah lapar sangat...bila nana suapkan air tu abah nak sangat minum macam orang yang kehausan...ALLAH saja yang tahu perasaan nana masa tu...lepas tu kak ngah nana dengan anak dia pula duduk mengadap abah...nana pula duduk kat sofa...sampai tertido sekejap...bila nana tengok kak ngah masa ada dekat dengan abah...nana pun masuk bilik untuk lelapkan mata sekejab...(dalam hati dah berdoa minta ALLAH terjagakan nana kalau apa-apa berlaku)...baru jer nana nak lelapkan mata tiba-tiba nana terdengar suara abah macam mengerang...nana terus melompat dari katil dan pergi pada abah...nana terus tanya pada abah..."abah...abah nak apa?...abah nak air ker?...nana suapkan air yea..." sambil suapkan air...nana terus ajar abah mengucap,,,sampil usap muka abah...pipi abah...rambut abah...tangan abah...nana genggam tangan abah...nana tenung mata abah...hurm...tak dapat nak di gambarkan apa yang abah rasa dan nak luarkan masa tu...

18hb Mac 2012 (Ahad):

sampai subuh nana mengadap abah..adik nana pun ada juga...waktu tu kak ita datang tanya nana yang dah subuh atau belum...dia pun ckp dia nak solat dulu...nanti tukar tempat...mak pun dah terjaga dan terus solat subuh...lepas kak ita dah solat dan siap mandi terus nana pula solat subuh...abis solat subuh nana terus mengadap abah baca kan yassin...adik beradik yang lain...ipar duai, anak buah yang besar-besar semua dah bangun dan bacakan yassin untuk abah...ada yang mengajar abah mengucap...memang tak lekang dari mulut kami untuk mengajar abah...kak ita sempat juga bagitahu abah yang kami semua adik beradik dah balik dan ada disisi abah...sementara kami semua ada di sisi abah, mak pula mandi...tiba-tiba nafas abah semakin perlahan...dan abah terus tarik nafas yang sangat panjang...kak ita terus suruh kami panggil mak...mula-mula adik yang panggil mak...lepas tu nana pula yang berlari menjerit panggil mak suruh cepat...mak yang tengah mandi terus capai baju dan terus pergi disisi abah...kami sumua nampak abah tarik nafas panjang lagi buat kali kedua dan kali ketiga adalah nafas abah ayng terakhir...ALLAH....abah terus kaku dengan mata yang tertutup...SEDIH...ALLAH saja yang Maha Mengetahui....cara abah pergi sangat tenang...tepat pukul 7.40 pagi abah telah pergi buat selama-lamanya baut kami sekeluarga...besar pengorbanan dan kasih sayang yang abah berikan hanya ALLAH saja yang dapat membalasnya...waktu tu mak dah tersandar di sofa...

dalam pada tu sebenarnya...kak ita ada bagitahu yang jari abah masih bergerak-gerak lagi...nana dan kak ita masih tetap sebut "LAILAHAILLALLAH" tak berhenti-henti kami semua sebut...kami juga bergilir-gilir untuk dengar denyutan jantung abah...tapi dah tak kedengaran dan kami pun tak pasti sangat....kami cuba dapatkan doktor untuk pengesahan..dekat pukul 8.40 pagi baru pembantu perubatan sampai...lepas dia buat pengesahan barula kami semua beritahu saudara mara dan kenalan rapat...

alhamdulillah segala urusan pengkebumian abah berjalan dengan cepat dan sempurna...segala-galanya sekejab saja...(sama seperti cara arwah abah semasa hayatnya yang mana kalau nak pergi ke mana-mana mesti cepat siap) semoga abah tenang, aman di sisi penciptaNYA dan berada dalam golongan orang-orang beriman...AL-FATIHAH...

gambar terakhir yang sempat nana ambil pagi sabtu

Thursday, April 19, 2012

pErkembAngAn akIf ( 1 Tahun 3 Bulan - 1 Tahun 5 Bulan)

1 Tahun 3 Bulan
  • mula tido sendiri kat bawah
  • semakin suka mengadap babytv sambil joget2..
  • suka tersengih bila nyanyi lagu fvt dia 123


1 Tahun 4 Bulan
  • bila dah abis minum susu atau bagi akif botol kosong - akif tunjuk botol sambil goyang2 ckp "abes"
  • nampak gambar baby - akif sebut baby
  • abes makan ummi sebut finish - terus pergi dapur sbb nak basuh mulut
  • bila naik kereta ummi baca doa sebut bismillah akif terus tadah tangan dan amin (tp ummi blm abes baca)
  • boleh ambil pampers kat bilik dan bagi pada ummi bila disuruh
  • pandai ambil kain lap mulut bila disuruh
  • pandai ambil kain yg ummi letak kerusi pastu lap meja...nak tolong ummi kemas rumah yea (xpernah ajar mungkin tengok ummi lap lantai pakai kain tu yg ikut)

1 Tahum 5 Bulan
  • kalau mood rajin abis minum susu botol letak dalam sinki
  • kerap sebut tak nak
  • kalau suruh buat sesuatu akif akan tengok dulu apa yang disuruh baru buat
  • boleh buang pampers sendiri dalam tong sampah
  • suka bila dapat lepas berjalan sendiri...sekarang ni susah sikit nak control

Friday, March 2, 2012

Tips Mengajar Anak Solat

Usaha mengajar anak-anak solat merupakan satu usaha yang berpanjangan dan memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu bapa. Ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan terus bersungguh-sungguh sehingga solat menjadi darah daging anak-anak. Usaha ini mestilah dimulakan sejak anak-anak masih kecil bak kata pepatah, lenturlah buluh dari rebungnya.
Anggaplah solat ini satu perkara yang tidak kurang pentingnya berbanding pencapaian-pencapaian lain di dalam hidup anak-anak. Kita mengimpikan anak-anak yang soleh yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia nanti. Jika mereka tidak solat, bilakah masanya mereka akan mendoakan kita.
Di sini dikongsikan tips-tips mengajar anak-anak solat, moga bermanfaat!
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai  kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"
umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat."Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"
Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·         Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
Praktikal solat yang dibuat di Tadika Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan, anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk menjadi ketua!
·         Sesekali ajaklah mereka ke masjid  atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
·         Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan  solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.
·         Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
·         Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
·         Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.
Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat.
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
·         Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.
·         Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.
·         Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.
·         Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Sama-sama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
Wallauhua 'lam

Thursday, March 1, 2012

merOnta-rOnta

baru jer kongsi cerita pasal akif & seatbelt ni...tengokla ape jadi...


semuanya gara-gara akif tak nak pakai seatbelt ni...dok meronta-ronta kekiri kekanan last2 tali kat belakang tu terbuka..jadi akif terbaringla dengan benda2 tu skali...masa dia meronta-ronta tu nana tengah drive jadi biarkan jela...mujur masa dah terbuka tu dekat nak sampai umah...

hurmm mcam x safe jer seatbelt ni...nak kane tanya org yg jual ni supaya bnd ni tak tertanggal kalau akif meronta-ronta sebab tali dia tu cuma sangkutkan kat kerusi jer kiri kanan...sebab tu kalau akif meronta kekiri kekanan tali tu tertanggal....

**setelah tengok blk gambar2 yang ada kat fb org yang jual seatbelt ni baru nana perasan...rupanye tali tu kena masukkan kat tengah2 tmpt letak kepala bahagian atas tu baru la dia xtertanggal...hehehe

Tuesday, February 28, 2012

akif dan seatbelt...

dulu nana ada kongsi pasal seatbelt ni...semuanya gara-gara masa tu kena bawak akif pergi opis...yela kami memang tak ada belikan car seat utk akif...baby carrier dulu adala...tapi lepas jer nana pindah rumah aritu terus belikan seatbelt ni sebab masa tu memang plan nak anta taska kat area opis nana ni tapi tak jadi pula...tup-tup sekarang ni nana hantar balik akif kat umah babysitter kat umah lama tu jadi kena pakaikan juga la sebab jauh nak ke sana dalam 15 - 20 minit...sejak dari kecik kalau dalam kereta memang akif nana yang pegang...mungkin sebab tu kot dia memang tak suka bila kena pakai seatbelt ni...

ni masa 1st time pakai

tengah kusyuk baca buku

tengok tu baca terbalik

ni lepas dah menangis2 dan meronta2 nak buka

nasib dah nak sampai umah jadi nana biarkan jer...

tengokla akif tu...memang menguji tahap kesabaran nana...selalu dia mesti merengek masa nak pergi kerja...pagi-pagi buat ummi marah...kalau mood ok adalah dalam 5 - 10 minit dia diam masa tu duk sumbat la biskut ke cococrunch ker tapi kalau dia tak nak memang dia nak buka juga seatbelt tu...nana memang tak boleh tengok kalau akif beria-ia menangis kesian sangat...penah juga sebelum ni biarkan dia duduk kat depan tu cuma pakaikan seatbelt biasa jer tapi akif tetap nak keluar sampai dia berjaya keluar...nana risau kalau dia sibuk nak usik gear...penah juga nana biarkan akif kat belakang sorang-sorang tapi penah juga dia terjatuh kat bawah...ya ALAH kesian sangat nasib baik masa tu dia tak terjatuh kuat...

hurmm...sekarang ni yang mampu nana buat tetap juga pakaikan akif seatbelt tu walaupun kdg tu dia menangis2 nak keluar nana terpaksa tahankan telinga jela...sebab bagi nana biarla dengar dia menangis sekarang dari nanti nana yang menagis kalau apa-apa terjadi kan...

Monday, February 27, 2012

aktiviti akif

kalau kat umah ni la yang akif suka buat...tengok channel babytv...makan coccrunch,biskut atau apa-apa jer insyaALLAh diamla akif kat depan tv tu...cuma kalau ada proram tv tu yg tak menarik minat dia mulala mengikut jer mana nana pergi...tension juga kekdg tu nak lagi kalau dia sibuk kat dapur...mulala jadi tarzan ummi ni...tp akif boleh gelak jer...kdg tu dia ikut juga cakap nana bila suruh dia pergi depan tengok tv...ada juga tangan nana ni pantas jer babab tangan dia or cubit dia...kesian akif...sorry yea baby ummi...

elok jer duduk kat sofa sebab ummi tengah vacum umah...

tengah elok mengadap babytv

tu tengah ada kerjaan dia la tu

dok main pampers pulak

tetiba rajin pula

kejab2 ambil kain (kain lap mulut yang tersangkut kat kerusi makan)

pastu lap kat meja atau pun kat lantai (mesti sebab tengok ummi buat yea cyg)

kadang tu tetiba boleh naik angin nak marah2 akif dengan apa yang dia buat...memang menguji tahap kesabaran ummi yang memang berangin ni...kesian akif...tapi kadang tu tak jadi nak marah bila akif gelak...sory sekali lagi yea akif tapi akif jangan banyak akal buat kerja kat umah...

Monday, February 20, 2012

1st timE buat dOnut sendiri

sebenarnya plan nak try buat donut ni dah lama tapi asyik tak kesampaian jer...kalau ikutkan nana nak buat donut ni masa weekend lepas cuti maulidur rasul tu tapi disebabkan masa tu akif kena cirit birit pastu ahad tu pula nana dengan en.abi pun kena terus tak jadi buat sebab memang tak larat langsung...

dan alhamdulillah ari sabtu lepas nana dapat juga buat untuk en.abi...sebelum en.abi balik kerja sabtu tu terus nana siapkan cepat-cepat...tapi sedih juga rupa-rupanya en,abi balik lambat...dekat pukul 10 malam baru sampai rumah...cuma nana rasa heppy bila tengok 4 biji yang nana tinggalkan en.abi abiskan semuanya...walaupun masa tu dia dah makan nasi...hehe seronoknya...so semalam pun nana buat juga donut ni untuk sarapan pagi...jom tengok resipi ni...sangat2 mudah...


Resepi Donut:

Bahan-bahan:
1. 2 sudu teh yis (mauripan)
2. 1/2 cawan air
3. 1/2 cawan susu cair
4. 1 sudu teh gula
5. 1/2 sudu teh garam
6. 1 sudu teh mentega
7. 2 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya:
1. campur dan gaulkan air,susu cair dan yis
2. campur dan gaulkan gula, garam dan mentega
4. campur dan gaulkan sebati tepung gandum sehingga menjadi doh
5. masukkan doh dalam bekas bertutup selama 30-40 minit sehingga doh kembang sekali ganda dari asal



yeahhh doh dah semakin mengembang...

6. bentukkan doh kepada bentuk donut



nana buat comel2 jer...

rupa-rupanya ia akan kembang lagi

7. goreng sehingga kekuningan dan gaulkan dengan gula halus.
8. siap untuk di makan

tadaaaa...dah siap...

Thursday, February 16, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, February 12, 2012

babysitter dan taska

sejak dah ada anak nih isu bbsitter dan taska ni selalu juga jadi topik bagi kita ibu yang bekerja kan....dulu masa sebelum nana kawin...penah juga niat nak buka taska sendiri...ada juga servey2...tapi masa tu rasanya bukan senang juga...

cuma sekarang ni hati nana makin kuat nak jaga akif sendiri sejak en.abi dapat kerja dengan gaji yang lebih baik...maksudnya nana nak berhenti kerja...kalau ikutkan nak jer jadi suri rumah sepenuh masa...tapi mengenangkan keadaaan masa sekarang susah juga kalau kita sendiri tak da income kan...

insyaALLAH kalau hajat nana tercapai mungkin paling awal dekat-dekat suku akhir tahun ni nana berhenti kerja kot...lepas tu mungkin kalau nana nak buat kerja pun jadi babysitter dulu...hehe boleh ker?huhu...


dan insyaALLAH dalam pada tu nanti usaha untuk buka taska juga...en.abi pun dah setuju....lagipun insyaALLAh suku akhir ni juga kami akan cuba utk proses zuriat yang kedua pulak...moga semuanya yang dihajati termaikmul...insyaALLAH


Saturday, February 11, 2012

12 bulan(1 tahun) - 1thn 2bln

  • sayang (cium) ummi dan abi bila tanpa disuruh ataupun tak...(ikut mood)
  • bila nak susu akan datang kat ummi nangis-nangis
  • manja (baring kat peha ummi,baring kat sebelah ataupun kat lengan sambil tengok tv)
  • angkat tangan bila sebut nama penuh dia
  • pandai buat zasss walaupun baru ajar sekali (macam wahid buat kat melodi dlu)
  • banyak ckp
  • kalau pimpin tgn suruh jalan akan jalan
  • bila panggil suruh dtg akan dtg
  • bila ckp no or jgn akif akan terus duduk dan tak jadi buat
  • bila abi nyanyi dia pun akan ikut nyanyi
  • semakin kerap joget bila dgr lagu jer...

1 tahun 1 bulan
  • dah pandai berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa dan menapak lbh 4 - 5 tapak...
  • kalau apa yang dipegang or apa yang dia nak tak dapat akan merengek (tapi kejab jer)
  • sminggu lepas tu dah boleh berjalan sendiri..alhamdulillah
1 tahun 2 bulan
  • kerap sebut perkataan ALLAH (bangun,marah,orang tak layan)
  • bila suruh sebut ummi atau abi, akif akan sebut mama atau papa
  • suruh sayang (kiss) akif akan kiss dan sebut muahh
  • flying kiss
  • bersalam
  • angkat baju kotor letak dalam bakul
  • bye sambil sebut babaii



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...